top of page
Search

Penghasilan Pua Kumbu Sebagai Terapi Stres.

Updated: Feb 21, 2020

Tekstil utama masyarakat Iban adalah pua, juga dikenali sebagai selimut (kumbu) tetapi lebih wajar dipanggil kain. Tenunannya lebih halus berbanding anyaman ikat yang lain dimana ianya kaya dengan simbol alegori. Ikat pua kumbu amat terkenal sebagai barang budaya di Sarawak. Fungsi pua kumbu adalah pelbagai dan memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat Iban. Ianya digunakan untuk pelbagai upacara: kelahiran, perkahwinan, pengebumian dan perubatan dan tidak ketinggalan juga upacara bercucuk tanam. Corak yang dihasilkan pada setiap tenunan adalah berdasarkan motif-motif yang sering ditemui pada seni corak Sarawak. Simbol yang biasa digunakan adalah burung, rusa, ular, lintah, tupai, katak, bunga dan buah-buahan. Simbol tertinggi adalah daripada manusia dan semangat. Penghasilan pua kumbu yang menarik mampu memberi kepuasan kepada si penenun sehingga mereka menggunakan kemahiran tersebut sebagai hobi atau sumber pendapatan. Pemilihan warna benang yang tepat juga akan menghasilkan sebuah produk yang menarik sehingga mampu menenangkan pemikiran.








 
 
 

Comentarios


Post: Blog2 Post
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

©2020 by MY KAUNSELING. Proudly created with Wix.com

bottom of page